1.Nabi-nabi seramai 124,000 telah datang buat usaha dakwah atas hati-hati manusia kerana tempat iman hanyalah di hati. Anggota-anggota manusia adalah tempat zahirnya amal. Tempat iman adalah hati. Oleh kerana itu, riwayat ada mengatakan, “Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri”. Hati ini akan jadi mufti yang betul, bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka, nampak, ada basirah, hati yang ada iman. Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati. Allah s.w.t berfirman , “ Bukanlah buta mata-mata mereka, tetapi buta hati yang ada dalam dada-dada mereka”. Oleh kerana itu, medan usaha nabi-nabi adalah hati-hati manusia supaya hati kenal zat Allah s.w.t yang maha tinggi. Nabi-nabi kenalkan Allah s.w.t kepada hati-hati manusia kerana iman duduk pada hati manusia.
2.Semua anggota manusia adalah tempat zahirnya amal. Islah akan datang sebab adanya iman. Amal akan datang sebab adanya iman. Dari kepala hingga ke kaki, gunakan semua anggota atas dasar hukum Allah s.w.t, itulah dinamakan Islam dan ini akan datang dengan kekuatan iman. Tanpa iman atau iman yang lemah, maka akan zahir amal-amal yang bukan Islam. Semua amal manusia dalam apa lapangan pun yang mengikut hukum Allah s.w.t, ikut sunnah Nabi s.a.w, itulah yang dinamakan Islam.
3.Amal akan zahir melalui anggota-anggota sebanyak mana ada iman dalam hati. Islam adalah kezahiran iman. Islam tidak ikut suasana, Islam tidak ikut keadaan tetapi Islam ikut iman. Amal yang dibuat ikut suasana, amal yang dibuat ikut keadaan, bukan Islam.Amal yang dibuat dengan dasar iman akan menukarkan keadaan dan suasana. Untuk bina amal, kena bina iman. Amal yang dibuat dengan iman akan kekal dan atas itulah ada janji-janji Allah s.w.t.
4. Nabi s.a.w kata, “Islam itu bukan hanya satu amal sahaja tetapi seluruh lapangan hidup manusia perlu ikut peritntah Allah s.w.t, itulah Islam”. Dalam setiap lapangan hidup ada pengenalan Islam.. Dalam perniagaan, dalam pertanian, dalam kehakiman, dalam muasyarat, kalau hendak tengok Islam, tengok orang Islam dalam perkara itu. Kamu hidupkan hukum-hukum Allah s.w.t dalam lapangan hidup kamu, hidupkan sunnah-sunnah nabi dalam lapangan hidup kamu, itu akan menjadi asbab hidayat untuk manusia.
5.Sesiapa yang berusaha untuk menambahkan sifat-sifat Islam dalam diri dia, maka dialah yang akan jadi sumber hidayat untuk manusia lain. Kita hendak usahakan sifat-sifat nabuwah dalam diri kita. Sifat-sifat ini akan datang berkadar dengan iman. Iman akan datang berkadar dengan usaha dakwah.. Dakwah bukan hanya untuk memperkenalkan Islam atau untuk memperkenalkan amal Islam tetapi keistimewaan dakwah adalah untuk membina yakin. Semua orang perlu pada dakwah supaya dia dapat bina iman dan yakin. Orang yang paling baik pun tidak terlepas daripada keperluan dakwah. Siapa yang buat kerja dakwah, sebenarnya dia berusaha untuk dia diterima oleh Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Teratai lake coner was a placed for us to have a meals every evening. It become our "pot" or our "markas" to have a dis...
-
THIS PIC was catch at uitm terengganu for our bakti siswa proggramme. The member at the pic is student UUM and most of them is kachi gang...
-
1.Nabi-nabi seramai 124,000 telah datang buat usaha dakwah atas hati-hati manusia kerana tempat iman hanyalah di hati. Anggota-anggota manus...
3 comments:
bgus..blog yg cukup informatif..keep it up bro..thanks for d comments ye..ko pecite now?
bagus..blog yg cukup informatif..keep it up bro..thanks sbb bace blog aku n komens..
bagus..blog yg cukup informatif..keep it up bro..thanks sbb bace blog aku n komens..ardi peluk tu..skandal baru die..die dah insap katenyer
Post a Comment