Thursday, January 15, 2009

INFO 1

LAUT CASPIAN
-Merupakan tasik air masin yang terbesar di dunia. Laut Caspian meliputi kawasan seluas 371,000 kilomerer persegi.
MOZART
-Nama penuh Mozart adalah Johannes Chrysostomus. Beliau berketurunan Australis dan merupakan seorang penggubah muzik klasik Viennese yang teragung.

Monday, January 12, 2009

Usaha Atas Iman

1.Nabi-nabi seramai 124,000 telah datang buat usaha dakwah atas hati-hati manusia kerana tempat iman hanyalah di hati. Anggota-anggota manusia adalah tempat zahirnya amal. Tempat iman adalah hati. Oleh kerana itu, riwayat ada mengatakan, “Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri”. Hati ini akan jadi mufti yang betul, bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka, nampak, ada basirah, hati yang ada iman. Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati. Allah s.w.t berfirman , “ Bukanlah buta mata-mata mereka, tetapi buta hati yang ada dalam dada-dada mereka”. Oleh kerana itu, medan usaha nabi-nabi adalah hati-hati manusia supaya hati kenal zat Allah s.w.t yang maha tinggi. Nabi-nabi kenalkan Allah s.w.t kepada hati-hati manusia kerana iman duduk pada hati manusia.
2.Semua anggota manusia adalah tempat zahirnya amal. Islah akan datang sebab adanya iman. Amal akan datang sebab adanya iman. Dari kepala hingga ke kaki, gunakan semua anggota atas dasar hukum Allah s.w.t, itulah dinamakan Islam dan ini akan datang dengan kekuatan iman. Tanpa iman atau iman yang lemah, maka akan zahir amal-amal yang bukan Islam. Semua amal manusia dalam apa lapangan pun yang mengikut hukum Allah s.w.t, ikut sunnah Nabi s.a.w, itulah yang dinamakan Islam.
3.Amal akan zahir melalui anggota-anggota sebanyak mana ada iman dalam hati. Islam adalah kezahiran iman. Islam tidak ikut suasana, Islam tidak ikut keadaan tetapi Islam ikut iman. Amal yang dibuat ikut suasana, amal yang dibuat ikut keadaan, bukan Islam.Amal yang dibuat dengan dasar iman akan menukarkan keadaan dan suasana. Untuk bina amal, kena bina iman. Amal yang dibuat dengan iman akan kekal dan atas itulah ada janji-janji Allah s.w.t.
4. Nabi s.a.w kata, “Islam itu bukan hanya satu amal sahaja tetapi seluruh lapangan hidup manusia perlu ikut peritntah Allah s.w.t, itulah Islam”. Dalam setiap lapangan hidup ada pengenalan Islam.. Dalam perniagaan, dalam pertanian, dalam kehakiman, dalam muasyarat, kalau hendak tengok Islam, tengok orang Islam dalam perkara itu. Kamu hidupkan hukum-hukum Allah s.w.t dalam lapangan hidup kamu, hidupkan sunnah-sunnah nabi dalam lapangan hidup kamu, itu akan menjadi asbab hidayat untuk manusia.
5.Sesiapa yang berusaha untuk menambahkan sifat-sifat Islam dalam diri dia, maka dialah yang akan jadi sumber hidayat untuk manusia lain. Kita hendak usahakan sifat-sifat nabuwah dalam diri kita. Sifat-sifat ini akan datang berkadar dengan iman. Iman akan datang berkadar dengan usaha dakwah.. Dakwah bukan hanya untuk memperkenalkan Islam atau untuk memperkenalkan amal Islam tetapi keistimewaan dakwah adalah untuk membina yakin. Semua orang perlu pada dakwah supaya dia dapat bina iman dan yakin. Orang yang paling baik pun tidak terlepas daripada keperluan dakwah. Siapa yang buat kerja dakwah, sebenarnya dia berusaha untuk dia diterima oleh Allah.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isterifadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskinfadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marahfadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesatfadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatimfadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekahfadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan dirifadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunatfadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelakfadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaatfadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'fadhilat - Tidak mati pada tahun ini dengan izin Allah S.W.T
13. Menjamu orang berbuka puasafadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. PuasaNiat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Insya'allah..

Surah Penawar - Al Kausar


Surah Al-Kautsar :

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1)Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2)Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3)Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4)Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6)Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7)Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sunday, January 11, 2009

kawanku dapat kerja

hm....nampaknya dua orang lagi member aku dapat kerja!!!. Sobri dapat DPLI ciktu manakala si housemate aku pulak dapat jadi cikgu MRSM. Hm tahniah la kat diorang semoga segalanya successssss.

Pikir2 pasal kerja memang meruncingkan sangatlah. Semalam aku ngan Zaim g isi borang GSTT guru sandaran tidak terlatih. Taksangka jugak aku isi borang tu sebab dulu anti sangat dengan cikgu tapi tulah nak memilih kerja sekrang memang tak leh dah...haaaaaaaaaaaaa.

Nampaknya bulan tiga atau bulan empat nie aku nak aplylah dpli ngan kpli.......